Assalamualikum,
Saya ingin meminta nasihat dan info untuk bayi berumur 3 bulan . Masaalahnya , baby ni dah hampir 2 minggu batok dan mempunyai kahak yang banyak..ada tak cara klinikal atau tradisional untuk mengurangkan / sembuh dari masaalah ini...
Segala nasihat dan info amatlah dihargai , sekian
Terimakasih dan wassalam
Mr.zaid
zaid kadir....cube bg madu dgn mggunakan sudu plastik atu kayu.utk mengekalkan khasiat yg ada.selawat dahulu dan terus beri kpd bayi mengalami batuk dan kahak.tq
Pergi buat nubulizer kat clinic untuk cairkan kahak, jangan salah paham ia nubulaizer tu bukannya hanya untuk anak2 yang semput aja..tp salah satu cara nak keluarkan kahak bagi baby..sy dah biasa buat benda ni or boleh pergi rujuk ke pakar kanak2, yg bagus ada satu kat Sri Damansara. Saya dulu pun macam tu sampai anak saya kena tahan satu minggu kat wad, sebab nak buat nubulizer nil ah..
saya pun bagi madu kat anak-anak saya time baby sampai sekarang ni bila dia selsema & batuk. cara saya lak, saya campurkan sedikit dalam susu dia... sikit je dlm setengah sudu kecil... tapi kena ingat, madu tak boleh guna sudu besi ...sebaik-baiknya gunakan sudu plastik... InsyaAllah ...
Hati2 bila nk bg madu pada anak bawah 1 tahun.. Ini pesanan org yg biasa dgn pemakanan anak2.. Tp dulu suami saya pernah juga campurkan madu dalam susu mereka (sblm saya bf penuh baby saya)..apa2pun dptkan nasihat doktor.. Nebuliser pun ok insya Allah dan biasanya rawatan antara rm 15-20 satu sesi..
*madu tetap ubat yg baik buat kita tapi hati2lah utk bayi :)
En Zaid,
Melalui pengalaman saya sebagai ibu yang telah membesarkan anak selama 24 tahun, amalan pemakanan tradisional/alternatif lebih berkesan sewaktu kita masih sihat, juga sebagai amalan makanan sepanjang masa. Jika ditimpa sakit peringkat serius terutamanya bayi, langkah terbaik adalah membawanya berjumpa doktor/pakar. Sekiranya sakit batuk berkahak sudah melebihi 2 minggu kemungkinan untuk bayi mendapat jangkitan kuman ke paru2, & telinga lebih senang terjadi tanpa kita menyedarinya, dan anak kecil tidak boleh menberitahu kita selain dari menangis. Rawatan antibiotik mungkin diperlukan, Sekiranya anak mulai demam, atau muntah, segeralah berjumpa doktor.Madu & makanan kesihatan lain juga baik tetapi kes-kes terdesak yang melibatkan pernafasan jangan dipandang ringan.. sekadar berkongsi pengalaman
salam,
boleh bagi alamat klinik ape yg bagus di area Sri Damansara tuh?sebab saya pun ada baby yg dulunya batuk berkahak.tak tau nak buat apa,just bagi breastfeed je banyak2 masa tu.sekarang dah ok.mana tahu kalau jadi lagi...
Salam, En Zaid, bayi saya pun ada masalah yang sama.. ada juga ke klinik swasta dan akhirnya bila dibawa ke hospital, doktor bagi ambik nebulizer (gas).. tapi secara tradisional, ada yang sarankan bagi madu (campur dalam air suam).. saya cuba dan masalah ini berkurangan.. cuma jika boleh cepat2 bawa ke hospital, sebab doktor yang merawat bayi saya kata, kes2 begini kena cepat2 bawa ke hospital.. tak payah ke klinik2.. takut jika lambat dirawat jadi asma/paru2 berair.. wassalam.
Kalau dia minum susu yang ada madu, better tukar ke susu biasa. Ini kerana madu yang terlalu banyak akan
trigger penghasilan kahak. Biasanya susu yang ada madu amat disukai oleh bayi kerana manis yang menyebabkan
bayi akan terlalu kerap minum susu.
salam ,
Buat rakan2 yang prihatin dengan masaalah anak saya ni , saya mengucapkan bebanyak terimakasih diatas saranan dan nasihat yang amat berguna buat saya sekeluarga . disini , teman isteri saya ( guru teman sekerja ) berkata , jika kita beri bayi kita makan ubat seperti paracetamol ( panadol / etc ) , besar kemungkinan anak kita kelak akan jadi hyper aktif dan degil...benarkah?
Saya pun dah buat nebulizer di hospital..selama hampir sejam jugak menunggu gas tu habis...memang kurang pun batuk nya...tetapi selang beberapa jam , anak saya kembali batuk batuk dan muntah mengeluarkan lendir kahak..adakah ini pekara biasa.....
selain nebulizer ...doktor bertugas hanya memberi paracetamol ( dos kecil )...
adakah saya perlu kembali ke hospital atau tunggu 2/3 hari untuk menunggu perkembangan kesihatan bayi saya..
nasihat tuan puan sekali saya perlukan dan berbanyak terimaksih atas semuanya..
wassalam..
mr.zaid
Kepada Mr. Zaid,
Sebenarnya perkara hyper aktif n degil tu tak benar sama sekali….yg jd dgil ne bukan kerana ubat…Cuma ubat tu tak bgus sgt untuk bayi yg masih kecil…kerana kandungan ubat itu takut terlebih dos….selepas melakukan nebulizer adalah perkara biasa bayi itu akan muntah2 sebab kahak dia dah cair..itu menunjukkn perkara yg positif utk bayi kembali pulih dan sihat….kalau dari pengalaman saya ,masa anak saya masih baby sekiranya berlaku kahak dan batuk mcm ne saya akan mengambil sejenis daun org pggil DAUN KETUMBIT.pokok dia mcm pokok rumput.saya ambi dlm segeggam dan saya cmpur dgn sedikit kapur makan dn saya lumatkan atas tapak tangan…air dia saya sapu di atas ubun2,dada,sebelah belakang bayi tersebut…malam jgn pakaikan kipas…insyaallah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya…tp kena jgk bg ubt dr kelinik untuk buang kahak tersebut…tak pyh p bubuh gas….
amalkan menepuk belakang baby (cara tepukan sila google) pastikn selepas setiap susuan disendawakan..susu formula suam diberikan bukn yang suhu bilik...tidurkan bayi caramengiring
Insyallah masalah akan berkurangan dari semasa ke semasa..
salam,
terpanggil saya di pagi hari ni untuk berkongsi pengalaman bersama..
Anak saya sekarg dah masuk 1 tahun..
dalam masa 1 tahun telah 2 kali di masukan nebulizer..
mengikut kata nurse yang menjaga anak saya ubat ini pahit n jika ketika mengambil ubat ini ketika bayi menagis or ketika menyedut gas tersebut adalah lebih baik..ini kerana ubat itu dapat masuk dgn cepat ..
Kesanya selepas mengambil gas ini,bayi akan muntah kan kahak dan lendir..
ini disebabkan bayi tidak pandai lagi hendak buang kahak tersebut melainkan dia menelan lendir dan kahak tersebut..
jika keadaan batuk kembali semula..diperlukan untuk mengambil nebulizer tersebut kembali..
or rujuk kembali pakar kanak2 yang tuan jumpa...ini bagi memastikan doc yang telah dirujuk sebelum ini mengetahui keadaan anak tuan..
Kalau salah saya minta maaf yup..
ni info yg saya dapat ketika anak saya dirawat..
sekian terima kasih
Salam En Zahid,
Pertama kali plak saya dgr mengenai kesan Paracetamol pd budak mcm ni. Mcmanapun personally saya rasa x payah la kita nak mempercayai kata2 org yg tiada kepakaran dlm hal ini tambahan tanpa bukti kukuh. Percaya pada pakar lebih baik iaitu doctor yg lebih arif dlm hal ni. Tentang muntah lender kahak, ini petanda baik baby u dapat keluarkan kahak. Biar dia muntah lender tu. Biasa doctor akan beri paracetamol pd baby yg berkahak sbb selalunya baby akan demam disebabkan oleh kahak tu..Lepas 2/3 hari klu x berkurang lansung pegi lagi sbb maybe kahak tub lm clear sepenuhnya, kdg2 kena buat 2/3 kali neb ni. Mcm anak saya pernah kena berulang 1 hari 3 kali selama 3 hari berturut.
Sekadar kongsi pengalaman saja.
daun ketumbit tu camno kak siti....dio rumput ko apo
salam,
anak saya pernah kena cam anak awk masa umur 2 bulan.... kami pergi ke klinik pakar kanak2 di taman melawati, kuala lumpur nama klinik seri sai.. bersebelahan hospital swasta(nama hospital lupa).. berdepan parking dan stesen minyak caltex...insyaalah cpt sembuh.. sambil tu bolh kasi anak makan madu satu sudu kecil dicampur air masak..
anak2 saya, saya bagi minum perahan limau nipis yang dicampurkan madu, jangan masam sangat bimbang sakit perut, tapi boleh cuba, sebab saya buat berkesan
just to share.u ..saya dulu,ketika anak baru dilahirkan. ..25 years ago,,,,anak saya di dapat ada kahak di kerongkong,,semasa itu saya mengajar di Daro,sarawak..isteri bersalin di rumah ibunya,,kampung datu.sibu.Atas usaha neneknya dan ibu mertua,,anak saya di bawah berubat dgn seorang hamba allah yang dikenali dengan nama abu nawas,beliau juga seorang photographer perkahwinan saya pada tahun 1983.Malangnya dia juga telah meninggal dunia akibat lemas di sungai rejang.(Semoga allah swt menrahmatinya) Tetapi apa yang jelas ialah daun yang digunakan untuk mengubati anak saya ialah 3 atau 4 helai daun peria katak,ditumbuk halus dan kemudian di ambil airnya lebih kurang sesudu,Mula mula beri anak saya minum sedikit susu,lebih kurang setengah minit dia menghisap susu ibu atau susu botolnya, terus disuapkan air peria katak sesudu tadi,,tak lama kemudian, dia akan termuntah dan keluarlah kahaknya, dan seterusnya ,kita bagilah dia menyusu sampai kenyang,,,, alahamdulillah,,sampai sekarang walaupun berumur 25 tahun,,tiada langsung komplikasi batuk atau apa saja...,Malangnya sekarang,,dia kuat merokok,,dan saya selalu nasihat dia...dgn menceritakan bertapa sukarnya dia bernafas semasa kecil dahulu( paham paham le)....apapun,,sekadar nak kongsi..,,syukur pada allah swt,kita hanya berusaha,,,allah yg menentukan. hp. 012-5554788
Nanti kak ct bawak tunjuk k….bagus untuk org dewasa n kanak2…selsema n batuk …cara tradisional….
(tetibe je muncul…hahaha
Boleh tgk gambar daun ketumbit kat http://sitisifir10.blogspot.com . Saya search tadi dan letak disitu..rupanya bersepah daun tu tepi rumah..hehehe
Dan daun tu juga elok utk ketumbit dan utk bykkan susu badan juga!
Sorry lambat reply,
Nama Clinic tu : Sri Damansara Child Clinic (kalau tak silap le)
No Phone : 03-62777370
Or
Boleh g Gleneagle Intan jugak, tp sy dah lupa nama doctor tu, tp dia pakar kanak2, special untuk jantung punya.. sebab dulu anak saya admit kat hospital ni, doctor nilah yang rawat dia..bagus doctor ni, tp clinik dia mmg sibuk kena buat appointment dulu, clinik dia bukan dalam glenegle tu kat sebelah gleneagle tp mmg under gleanegle lah.. anak saya jugak kena dulu dalam umur 4 month but sekarang ni dah Sembilan tahun..jangan ambik mudah..because dulu pun saya lambat bagi rawatan lah anak saya sampai sekarang alah pada sejuk n habuk..selalu bersin n gatal hidung, mcm sinus tu..sometime kalau cuaca sejuk sgt dia terpaksa ambik ubat.. jgn tunggu lama takut flame tu masuk lung
setahu saya, mmg madu sesuai utk masalah batuk... org dewasa pun blh amalkan... blh amik sesudu madu bsama perahan limau nipis. utk baby yg masih kecil, blh calitkan madu kt hujung jari & calit pd mulut baby. kalau yg dh pandai ckit, blh suap guna sudu. setahu saya, madu x sesuai dicampurkan bsama susu. kalau bsama air kosong/masak/suam, ok la
lamanya 2 minggu batuk..
pengalaman saya bby 3 bulan gak batuk berkahak. Saya rujuk klinik biasa sebanyak 5 kali dlm sebulan tp tak baik2. doktor just bg ubat batuk n minta tukar susu yg mahal2. sampai satu pg anak sy bgn tidur dgn bibir dan tgn dia biru n terus p emergency klinik kesihatan utk wat nebulizer. tp lps tu masih lg tak baik sampai sebulan. lastly sy rujuk doktor pakar klinik swasta, 3x ulang ke klinik pakar tu tp tak baik gak. tp dr situ sy dpt tau kemungkinan anak sy alah susu lembu, so saya tukar ke soya.
Amat mengecewakan bila doktor pakar mmberitahu adalah di larang sama sekali bby umur bwh 6 bulan diberi ubat batuk dan selesema kerana dikuatiri otak dia tak mampu utk berfungsi semula bila dah tertidur akibat ubat tu. boleh membawa maut. Nauzubillah..nasib baik anak sy tak apa2.
setelah 2 bulan anak sy masih tak baik. so sy tukar ke klinik pakar yg kedua. alhamdulillah dia sembuh. tp dia stil mengalami semput sampai sekarang. usia dia dah pun 8 bulan.
Sy syorkan pergi la bw anak ke doktor pakar sekiranya bby masih di bwh umur 3 bulan sebelum perkara yg tidak diingini berlaku. Doktor klinik biasa dia main bg je ubat. Mcm kaedah cuba jaya dibuatnye. risiko kita yg tanggung..wallahua'lam.
Mengapa nak tunggu sampai 5 kali baru pergi pakar kanak2, walapun charge utuk sekali jumpa pakar kanak2 agak mahal tp kalau dikira balik 5 kali utuk bayaran ke klinik biasa sama je jalan nya.. kalau kat Sri Sinar ada satu Klink Pakar Kanak2 Dr. Tan, yg itupun bagus gak..try lah
Di PPUM (University Hospital) ada Bahagian Kecemasan Khas untuk Pediatrik…boleh cuba bawak anak kesana..diagnosis doctor kat situ bagi saya ok dan tepat…ubat ynag diberikan pun bersesuaian …memang semua doctor pediatric yang handle patients kat unit tu…
Hai...
ReplyDeleteKaedah mengeluarkan kahak utk bayi, saya kurang pasti. Tpi kalau kahak org dewasa bolehlah gunakan rawatan keras yg ada di sini:
Rawatan kahak dan lendir
Semoga berjaya. Tq.
gud info..tqvm
ReplyDeleteSaye juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg sebulan berkahak teruk after kene prolonged jaundice. Kos ulangalik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer di rumah.
ReplyDeleteSo sesiapa yang berminat untuk mendapatkan mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM210 FREE POSTAGE! boleh hubungi saye utk sebarang pertanyaan ye! 013-3333062 (sms/whatsapp/wechat). Tq :)
Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
info yg bagus. tq for sharing.
ReplyDeletehttp://nadyasx.blogspot.com/2017/05/polresta-yogyakarta-bongkar-prostitusi.html
ReplyDeletealhamdulillah dapat ilmu
ReplyDeleteanak da nak masuk 4 bulan,waktu lahir ok,dalam dua tiga hari da ada kahak kdengaran di tambh lagi dgan batuk selesma,setiap kali bernafas bnyi krok krok, da bawa gak emergency tapu bilang dktr hanya sedikit jak kahak dan di beri gas dalam 2ml jer, dalam 10 minit lah macam tu baru selesai lpas tu dalam 10 minit anak muntah kahak. dktr ada bg ubat antiobiotik dan paracetamol. anak da ok tak demam tapi still ada kahak walaupun da bagi minum antibiotik.. sekarang da bagi minum madu dan sedikit perahan limau nipis,sedap je bby minum, harap semoga kahak beransur pulih,kesian tengok anak.
ReplyDelete