Nie sebenarnya dipetik dari kisah benar.
Seorang pemuda cina mencabar seorang anak muda mengenai kebenar Islam.
Katanya, jika benar Islam ada semua nya dari aspek kehidupan, macam mana Islam boleh bantunya dalam masalah buasir.
Jawab anak muda berkenaan, setiap kali encik makan, hendaklah encik kunyah sebanyak 40 kali sebelum telan. Ini hendaklah dilakukan setiap kali suapan dan setia kali makan.
Selang sebulan, pemuda cina ini datang kembali bertemu anak muda berkenaan.
"Benar, kata awak. Kini buasir saya telah susut dan hampir kembali seperti biasa". Soalnya kepada anak muda, " dari mana kamu tahu tentang itu?". Anak muda menjawab, "dari ayahku, yang belajar dari atukku, yang belajar dari atuknya. Dan ilmu itu diperolehi dari seorang ustaz masa itu."
Tanya pemuda cina ini lagi, "siapa yang memberitahu ustaz tersebut?" ..... Dipendekkan cerita, ilmu tersebut ustaz-ustaz-ustaz .... Berkenaan dapat dari ajaran hadis Nabi SAW.
"siapakah Nabi itu?" tanya balas pemuda cina tadi.
Dengan lelehan air di kelopak mata, anak muda berkenaan tidak menjawab pertanyaan pemuda cina itu.
Selang enam bulan dari peristiwa tadi, mereka bertemu kembali secara tidak dirancang.
Kali ini pemuda cina berkenaan telah berkopiah dan terus memeluk anak muda itu. Pemuda cina mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memperkenalkan Nabi SAW kepadanya.
Sebenarnya lelehan air dikelopak mata telah membuatkan pemuda cina tercari-cari maklumat mengenai Nabi SAW.
Sekarang, nampak tak hikmah kunyahan 40 kali yang telah diajarkan ar Rasul nabi kepada kita semua.
Wallahualam
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment