Sunday, 6 March 2011

Menghilankan Panau







Sahabat SIM,







Mohon bantuan rakan bagaimana menghilangkan atau mengubati panau (warna merah seperti ruam) yang ada disekeliling leher.










Terima kasih atas maklumat yang beri.







sweetgirl. Nor Khan
















Salam,







Petua orang tua-tua dahulu gunakan lengkuas genting. Bukan lengkuas biasa yang diguna untuk memasak. Ambik lengkuas genting. ketuk2 bagi pecah kemudian campur dengan minyak tanah. Then sapukan pada tempat yang ada panau. biarkan seketika seingga kering. baru mandi. buat beberapa kali dalam seminggu.


Photobucket




Tapi kak ayza sendiri tak tau cam mane rupa lengkuas genting tu. kena tanya pada orang kelantan lah yer.







selamat mencuba.







-ayza zaiton-



















Cuba guna sabun Sulfer. Sabun ni ada jual kat farmasi.







-FizaIsmail-













setahu saya panau tu mcm tompok2 putih......tak gatal tapi malu ler................dulu saya kena lepas pakai baju bundle tak basuh......




pi jumpa doktor dia bagi ubat sapu dan ubat makan........lepas 5 hari hilang terus.........




yg merah seperti ruam ni taktau la panau ke mende......elok g jumpa doktor........




jgn try n error buat rawatan sendiri.........takut penyakit tak hilang.......jd benda lain pula.........







-FahmiAhmad-
















Warna merah seperti ruam tu bukan panau .. kalau saya x silap tu namanya kurap. Cuba beli ubat kurap kat farmasi.







Satria Malik




Kota Kinabalu, Sabah.
















Cuba gunakan Sabun SKin2. Diperbuat dari kelapa dara. Boleh menghilangkan bau badan juga. Paling mudah dan ringkas. Sesuai untuk orang yang sibuk







-http://sk-in-2.blogspot.com

















KALAU MCM TU BUKAN PANAU. GI KEDAI UBAT ATAU KEDAI RUNCIT ADA IAITU UBAT CAO KAKI TIGA WARNA MERAH DALAM KOTAK MERAH HARGA KIRA2 RM3.00 SAPU LEPAS MANDI. PEDIH SIKIT RASANYA LEPAS BEBERAPA KALI SAPU KERING DAN AKAN MATI KULIT TU. KULIT BARU AKAN JADI SEPERTI BIASA BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN.





-ayah ngah-









pergi farmacy beli betnovate-N .. dua hari terus ilang. tanpa tanda.





-sioux-









tenyeh jer ngan lengkuas, sental2 sket, buat beberapa kali la, 2-3 hari ker, insyaallah ilang la dia, saya pon penah buat masa budak2 dulu





-sue eda-









En fahmi gi klinik mana yer apa nama ubat panau tu. Anak saya kena panau kat asrama pas tu makin banyak la dah sapu ubat tak hilang huhuhu





-ogie-















guna daun gelenggang (terdapat ditepi2 jalanraya) ambil daun yg muda sikit. dan gosok pd panau hingga keluar air daun itu. buat selepas mandi. insyallah. baik.





-aida-











Guna myk ubat cap ayam.





-nabila-











mngkn itu jangkitan kulat, try p cari ubat kt farmasi. ubat mkn lebih cepat bkesan. amik bsama sabun anti kulat, dlm 3-5 hari blh hilang.





-hazrizawati-









emmm p je farmasi kata kt diank ubat panau..mereka akanbg untukmakan selama 10 hari..lpeas tu mmg totally panau akan hilang





-muszalina-









hehe kena panau dah lama dah.....dekat 5 tahun dulu.......dah tak ingat nama ubat.......



pi jumpa doktor minta ubat makan dan sapu.....



dulu saya sabun panau tu dgn sabun antifungus /anti kulat........ada jual kat farmasi...........pastu baru sapu ubat.....



pastu jgn garu kawasan tu sbb panau/kurap mudah merebak ke tempat lain melalui garu......



paling elok g jumpa doktor kulit.....diaorang ni belajaq teruk2 pasal penyakit kulit.......diaorang tau tu panau ka....atau penyakit lain ka.....







-fahmi-









Salam.





Pergi ke farmasi beli krim LAMISIL. Tp kena beli melalui ahli farmasinya sahaja. Krim ni elok utk penyakit kulit spt panau dan fungus.





Sy





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





-syan-











salam...







  1. ambil kikisan akar betik hutan, kikisan akar cekak manis dan kikisan penawar putih lalu digaul kesemuanya dlm air sedikit lalu disapu. Insya`allah




-lutfi-











Assalamualaikum....





Nak hilangkan panau senang je... pergi mandi laut sekerap mungkin.. insyallah panau akan hilang...





-anonomus-



















cuba cari kat farmasi guardian ubat tu nama nizoral, ubat tu ada kawn saya pakai berkesan.





-hana07-









Saya biasanya akan pakai minyak tanah dan belerang kuning jer...bungkus serbuk belerang kuning ngan kain dan rendam ngan minyak tanah,pastu gosok jer kat panau tu...abis mati sumer..





Yang benar,







Muhammad Hasnan B. Hussain



C.o.W



Jurutera Perunding JBI













Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diusahakan untuk menghilangkan panau antaranya ialah;




· Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.




· Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.




· Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.




· Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.




· Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.




· Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.




· Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.




· Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.




· Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.




http://hikmah.azhad.com/2007/12/petua-menghilangkan-panau.html







No comments:

Post a Comment