Monday, 14 May 2012
Ruam Rashes
Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Nama sains adalah “Diaper Dermatitis” merujuk kepada ruam pada bahagian kulit bayi yang dipakaikan lampin (diaper area).
Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan membuatkan bayi tidak selesa.
Tetapi masalah ruam ini tidak terhad kepada tempat-tempat terpencil sahaja. Ia boleh juga berlaku di badan dan dimuka bayi.
Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Faktor-faktor seperti jangkitan kulit atau bahan yang boleh menyebabkan iritasi lebih membuatkan ruam ini seakan-akan hidup.
Ia menyebabkan permukaan kulit bayi menjadi merah, menggelupas, berbintik-bintik, gatal dan seterusnya menjadi luka.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya adalah pendedahan kulit bayi kepada kelembapan secara berpanjangan (prolonged wetness). Perubahan pH kulit kepada lebih berasid yang disebabkan oleh air kencing dan poo bayi. Pemakanan bayi: Bayi yang menyusu badan kurang mendapat ruam lampin (kerana poo kurang berasid) berbanding bayi yang sudah boleh makan. Alergi makanan. Diarrhea. Perubahan diet ibu yang menyusukan. Luka pada kulit. Jangkitan kulat. Pergeselan berterusan kulit bayi dengan lampin.
Kulit jenis sensitif.
Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.
Cara kampung mengubat ini adalah melumurkan tepung ubi dibahagian ruam selepas mandi. Ada yang menggunakan tepung beras juga. Pastikan sasaran serangan ruam kena dengan tepung ini.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment