Bagi ibu-ibu yang mengandung, mereka sering mengalimi masalah urat timbul di kaki atau di betis. Kekadang ia berlarutan sehingga selepas bersalin atau kekadang kekal sampai tua.
Petua yang nak dikongsikan disini adalah seperti berikut:
- ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala.
- amalkan merendam kaki kedalam besen air suam selama 15 hingga 20 minit setiap hari'
- urut jari kaki sebelum dan selepas tidur satu per satu ke arah hujung jari kaki. Nak mulakan jari kaki yang mana? Ikut kaedah turutan potong kuku kaki dalam islam.
Jika perkara diatas berterusan sehingga selepas bersalin, lakukan perakara ini;
- ambil segenggam kacang hijau
- rebus dengan air bersih tanpa mencampurkan apa apa bahan pun sehingga mendidih
- sebelum kacang hijau tersebut pecah kulitnya dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah rebusan tadi dari dapur
- Minum air rebusan tersebut bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur.
- ketika hendak tidur ulangi amalan tiga langkah diatas.
selamat mencuba. mudah-mudahan di makbul Allah.
terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih.
ReplyDelete