Tuesday, 22 February 2011

Penyakit yang berkaitan dengan rahim

Penyakit yang berkaitan dengan rahim

Saya mengalami pendarahan haid selama satu bulan. Saya telah melakukan scanning di klinik swasta tetapi doktor mengatakan tiada sebarang masalah. Seminggu kemudian saya pergi ke klinik kerajaan tetapi doktor mengatakan tiada masalah. Doktor memberi ubat untuk stopkan pendarahan. Adakah ini merupakan tanda-tanda awal kanser rahim atau sebaliknya.

Kalau seseorang mempunyai polyp iaitu sejenis ketumbuhan yang tidak merbahaya pun akan menyebabkan pendarahan berulang kali.Polyp ini kadang kala susah untuk di kesan dengan scanning.Ada juga polyp yang terdapat di bahagian luar pangkal rahim.

Sebaiknya pergilah ke hospital yang ada pakar dalam bidang sakit puan (Ginekologi) untuk pemeriksaan lanjut.

Salam,

Polyp adalah ketumbuhan jurai2 halus disekitar dinding rahim. Langkah pertama yang doktor pakar ambil ialah dengan memberi ubat. Jika dengan mengambil ubat tidak memberi kesan ataupun haid masih berpanjangan maka langkah kedua ialah melakukan D & C atau pencucian dinding rahim. Langkah ketiga akan diambil sekiranya jangkamasa haid masih berpanjangan, kadang2 sehingga satu bulan ialah dengan melakukan pembedahan membuang rahim, langkah ini diambil bergantung kepada umur pesakit kerana membuang rahim akan mengakibatkan pesakit tidak lagi boleh melahirkan zuriat.

Menurut doktor pakar DEMC, sehingga 30% kaum wanita mengalami masalah polyp ini namun jika kita mengalami masaalah jangkamasa haid yang lama, segeralah berjumpa doktor pakar kerana beberapa masaalah lain mungkin juga mengakibatkan keadaan ini seperti fibroid, cyst atau juga kanser servik. Namun hampir 95% adalah kerana polyp yang tidak merbahaya tetapi tetap memerlukan rawatan dari pakar.

Saya hanya berkongsi pengalaman isteri saya dengan pembaca sekelian.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment