assalamualaikum ...
nak bertanya kepada mereka yang tahu .. macam mana nak halau lebah yang suka membuat sarang di rumah ??? Umah mertua saya ni menjadi tempat favourite lebah ... di halau di penjuru A ... di buatnya pula sarang di penjuru B .... pendek kata sentiasa ada lebah di rumah.
Kalau lebah suka bersarang di rumah, ada petanda apa apa ke ??
Tq
-Luih-
Assalamualaikum wbt
Kalau rumah di kampung, eloklah bakar sampah selalu..selain bersih halaman, asap bakaran sampah tu boleh menghalau segala macam serangga termasuklah lebah, nyamuk, agas dan lain2..
-rohani-
A'kum, Tuan cuma semburkan Ridsect tin warna hijau. Ridsect hijau selalu diguna klu g berkhemah atau hiking, utk jauhkan pacat. Malah binatang seperti ular pun akan lari klu terbau Ridsect ni. Tapi klu dah bersarang besar, elok panggil bomba halaukan. Bomba pun kekadang pakai Ridsect kalau nak musnahkan sarang tebuan. Insya'Allah berkesan.
-putera-
Salam,
Cuba cari orang yang pandai “ambil” madu lebah….
Mereka ini pakar dalam bidang ini….rumah saya dulu pun ada lebah bersarang…
bila lebah dah terlalu ramai…ia akan mula menyerang penghuni rumah.
Nak baring-baring pun tak senang.
Alhamdulillah setelah madunya diambil, tiada lagi yang bersarang di tempat itu……
-Saharuddin-
salam...
rumah saya pun ada juga.. bukan lebah.. tapi tebuan..
dah byk kali bayar datang lagi
bertukar2 tempat..
saya dah tak tau nak buat mcam mana
skrg saya upah org utk bakar dan hancurkan sarangnya...
setakat ni tak nampak tanda dia nak dtg semula..
alhamdulillah..
-rohani-
Assalam.
Saya pernah mengalami lebah bersarang kat belakang rumah. Saya biarkan je pasal nak ambil madu. Lepas 15 hari saya dapat madu tu. Jangan lebih dari 3 minggu nanti dah jadi anak.Mesti kena berani lagipun gigitan lebah tak sakit mana pun tak macam tebuan. Kalau tak confident tutup kepala dengan karung gula nampak mata je. Teringat zaman kanak-kanak dulu ikut arwah bapa ambil madu lebah kat pokok. Caranya senang je.
Ambil minyak tanah tuang pada gumpulan kain yang diikat pada kayu. Lepas tu letak kain tu kat bawah sarang lebah. Jangan jolok dia nanti dia akan serang kita. Insyallah lebah akan naik ke atas dan tinggalkan sarang yang ada madu tu.
Selamat mencuba.
-mohamad-
Salam.
Orang tua2 kata kalau lebah buat sarang kat rumah bermakna ahli rumah murah rezeki...jangan halau biarkan je nanti dia sendiri akan berpindah. Macam rumah saya dulu,lama2 dia pindah...
Wasallam.
-noorsiah-
Kehadiran lebah ke rumah membawa rezeki? Kalau kena sengat naya...
Carilah orang yang arif dengan lebah untuk halau ataupun telefon bomba minta bantuan.
Orang tua2 dulu memang ramai yang percaya perkara khurafat dan tahayul, iaitu kepercayaan yang tidak bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
-rbk-2020-
Hahaha .. tu yang rezeki tu yang nak dapat madu free tu la ..
hehehe org tua tua memang camtu tak bersndr hadis or Qur'an tapi dari pemerhatian n penilaian .. jangan potong kuku malam nnti bla bla bla .. yer la dah malam tu kan gelap dulu mana ader letrik ..dah tu ketip kuku pun takdak .. guna la pisau kecik silap ari bleh potong ngn jari skali dalam gelap tu hehehe ..ambik gambar bertiga tk leh nanti soeang akan mati ..ntah apa apa la ...tak logik langsung ..ambik gambar kucing takleh nnti kucing mati .. hehehe.. ajal maut ditangan tuhan bukan kat kamera ..
..betul kata rbk_2020 ... kalu lebah tu kan bahaya ...nak ikut petua org tua ni kene guna akal yang waras .
-azizah-
Baru2 ni kawan saya pun mengalami masalah yang sama.
Semalam dia pergi beli Baygon (warna hijau - gambar bunuh lipas punya). Dia kata bomba yang suruh.
Dia kata lagi bomba suruh beli Baygon. Ridsect tak berkesan sgt.
Nanti saya nak tanya dia dah setel ke bunuh lebah yang bersarang kat umah dia tu.
-megat-
Salam
Orang kata hendak halau lebah ni mudah, ada pelbagai cara. Salah satu darinya adalah letakkan kerang pada sarangnya. Kalau takut kena sengat letakkan berhampiran supaya bau kerang itu boleh sampai kepada sarang lebah tadi. Saya sudah mencubanya, alhamdulillah berjaya.
Leon