Tuesday 22 February 2011

Sakit dalam perut

Sakit dalam perut

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SAHABAH SIM,

Disini saya ingin bertanya pendapat jika ada sesiapa yg pernah mengalami apa yg saya alami.

Begini, beberapa bulan ni saya selalu mengalami sakit di bahagian perut sebelah kanan. Bila nak tunduk rasa sakit sikit. bila nak bangun kena bangun perlahan2 tak boleh bangun mendadak. Tapi semalam, saya tak pernah rasa sebegini sakit..terasa sakit bila saya sedang duduk (masa tu di office) tiba2 rasa sakit pinggang sebelah kanan yang menjalar hingga ke peha kanan. saya cuba berdiri..tp masih sakit..sampai mengigil pulak. cube berjalan ..sakit jugak. pastu saya berdiri sambil buat kerja..kemudian duduk balik..tapi tak selesa. Selepas sejam ok lah..lepas tu sakit tu datang balik.

Saya pernah check di klinik, doktor ckp kalau apendiks..sakitnye sampai tak bleh nak bangun. tapi kes saya ni ape sebenarnye? saya ni kalau setakat demam ke sakit mengandung ke..rajinlah nak ke hospital. Tapi kalau yg ni buat saya terfikir macam2..ye lah benda2 yang kita tak sangka..takut lah..

Saya harap jika ada sesiapa yang pernah mengalami apa yg saya rasa sekrang ni sudilah berkongsi pengalaman dan rawatan nye.

terima kasih

siti

Assalamualaikum Siti & Sahabat SIM,

Bergantung pada umur & sejarah kesihatan yang ada, pengalaman berikut boleh menjadi panduan:

1. sakit appandiks kadangkala tidak menunjukkan simptom ketara, terutamanya jika kita ada penyakit kencing manis samada kita menyedarinya atau tidak.

2.Masalah pencernaan juga membawa sakit perut yg teruk jika dibiarkan.

3. sekiranya wanita yang ada masalah haid tidak teratur, (berlaku pendarahan antara kedatangan haid). Sakit perut tak kira bahagian kiri atau kanan dan kadang kala menjalar hingga ke peha, atau pinggang dan belakang badan. rasa macam nak bersalin kadang kadang bagi yg ada pengalaman bersalin, kemungkinan anda masalah di bahagian reproduksi anda. seperti pembesaran cyst yg tumbuh tanpa anda sedari samada di dalam ovari, tiub filofin atau dalam rahim.

Cadangan penyelesaiannya:

Jangan ambil mudah, pergilah ke klinik atau hospital di mana anda boleh diberikan rawatan susulan yang berkesan, ultrasound, X-ray dsb. Dari situ buatlah keputusan sanmada nak merawat secara moden atau rawatan alternatif. Jangan gadaikan kesihatan dengan membuat andaian salah terhadap tubuh badan sendiri. Ramai orang takut dengan hospital kerana persepsi negetif masyarakat terhadap hospital, Q ramai, doktor tak cukup, lembab...

Dari yg ada pengalaman TQ

Kak Zai

Salam....

Saya rasa mungkin batu karang....saya pernah mengalaminya...saya menderita selama 4 bulan selepas mengalami kemalangan jalanraya pada tahun 2002...betapa peritnya dan sakitnya...mcm nak tercabut nyawa...pergerakan saya terbatas...tidor pun tak lena...walau pun boleh berjalan tapi sangat pedih...banyak masa sy habiskan dengan duduk bersendirian dalam bilik...memandangkan pada itu saya masih belajar di Universiti...saya pada masa itu hanya bergantung pada ubat tahan sakit....sebab masa tu saya memang takut nak ke hospital...saya hanya periksa 2 kali di klinik biasa...doktor hanya beri ubat tahan sakit utk rawatan permulaan...saya mengalami kencing berdarah dan tersekat2 serta tak puas...tapi selepas 4 bulan menderita...batu itu keluar melalui saluran air kencing...sakit saya hilang dan sy dan boleh berlari...macam saya dihidupkan kembali...masa itu betapa bersyukurnya kepada Allah...nikmat kesihatan...

1 comment: