Sunday 6 March 2011

Patah Tulang Selangka

Tuan mod minta lepaskan,

Salam,

Saya dan suami baru mengalami kemalangan 2 hari lepas balik dari kerja. Saya mengalami patah buku lali dan tumit,suami pula patah tulang selangka.mintak pandangan rakan2 sim klu ada petua nk pulih cpt dari patah,klu boleh xnk la cuti smpai 2,3 bln...ksian dkt ank2 yg br umo 2 bln n 1 thn. Tlg bg petua apa2 klu ada ye.

Rgds,

Shazlin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

cuba lah urut.....boleh call 0387667553 hj idris...

-nizam-

di ijok selangor ada wak yang boleh membantu.

malah hospital merujuk kan pesakit patah pd nya.

nanti saya cuba dapat detail nya dari rakan.

-hj Bani-

Assalam Shazlin.

simpatinya saya.

kalo dah patah tak boleh buat sambil lewa.. memang kena berehat cukup2.

husband saya cuti 6 bulan patah tulang selangka juga.

jika doktor bagi MC tu rehat aje kat rumah... anak maybe boleh minta mak ayah saudara mara datang rumah tolong jaga....

take care yaa!!

just my 20sen...

-fimell77-

salam,

cadangan saya adalah mencuba perubatan tradisional berasaskan islam. Setahu saya salah satu adalah darul shifa atau direct dengan ustaz harun din, ustaz ismail kamus, perawatan ibn sina, satu lagi yg dianggotai oleh pelakon cerita ustaz amirul, saya kurang pasti namanya, ada juga yang dibuka persendirian seperti fara di ulu langat dan satu lagi ada di gombak, saya kurang pasti tempatnya.

atau saudari boleh cuba mengusap kaki dengan membaca fatihan 41 kali selepas solat subuh dan berdoa 'dengan berkat mukjizat surah alfatihah, sembuhkanlah daku" setiap hari sehingga sembuh. selalunya akan sembuh dalam tempoh 40 hari. Insyaallah...

semoga Allah memudahkan urusan saudari dan menyembuhkan saudari segera. :)

-ghowth natie-

Salam sahabat,

Saya ada dengar tempat berubat yg bagus kat kok diang,kedah.

Pelik jugak kaedahnya..bukannya dia urut,tapi mcm tukar tulang baru..

Ramai yg dtg pakai tongkat,balik buang tongkat kat situ jgk.

Wallahualam..

Pesana:Baik tanya mana-mana sahabt sim kat area kedah,mungkin diaorang lebih tahu.

With Best Regards

Ijanz

saya dapat tahu ada seorang bomoh patah di Sg Pencala yang diberikan kelebihan utk mengubat. Saya diberi tahu pihak istanapun ada menggunakan kepakaran dia. huhungi saya di 0133882211 . Tlg sms, saya akan respond

-nadzim-

salam takziah

puan shazlin kena banyak berehat kalu nak pulih cepat. tu je petua yang saya tahu. sapukan minyak but but kat tempat patah,dan makan kapsul radix. jangan banyakkan jalan2.Patah tulang selangka pun kena banyak baring dan ia ambil masa sikit. saya dah alami semua tu dalam tahun 2007 dan keadaan lagi teruk kerana hampir dekat setahun saya mc sebab patah paha,lutut,tulang rusuk dan rahang. masa tu saya ambil juga product gamat hemolin kalau tak salah saya untuk mengubati luka dalaman. patah ni memang tak leh elak dari kena banyakkan rehat kalau nak baik cepat. minyak but but tu memang elok insyaallah sebab masa sekarang kalau saya salah makan benda sejuk dan berbisa macam labu,tempat saya patah akan bengkak dan sakit lalu saya sapu je minyak tu. selain tu makan pun kena banyak pantang macam takleh minum air kelapa,takleh makan daging kambing dan sayur2 sejuk dan berangin macam labu,nangka dan cendawan.

sekarang ni anak anak sape jaga?

-norazimah-

minum la air ikan haruan ..as info mempecepat kan penyembuhan dri dlm..

sya pun tgh mencuba..beri pada ank yg patah kaki akibat kemalangan..

slmt mencuba..

-melor-

adik saya pun patah tgn kena timpa motor.jiran bawa jumpa bomoh patah kat Sungai Besar,Selangor org panggil" Wak Sujud",berubat dgn dia alhamdulillah dah baik tgn adik.

-nadiahana-

Kalau puan tinggal berdekatan dengan bandar Kota Tinggi, saya cadangkan puan pergi cari dukun patah dalam Felda Air Tawar ni....saya dapat tau di kawasan berkenaan ada seseorang yang pandai berkaitan patah tulang ni.

-razak-

Puan dan suami perlu byk berehat..sy pnh hancur tulang kt betis dkt 3 inci taon 2004..ambil mase 6 bln utk tulang tumbuh n cntum balik..yg pnting jgn jejak kaki lg2 mase tulang tgh cntum..takut nnti da elok cntm tp kaki dengkot pulak@pendek sblh..

mse berehat tu..sy mmg berpntg abes mcm org lps bersalin..mmg seksa la kn..mkn sume kering2 je..manis2 pun x bley..bykkn mkn ikan haruan,minum susu dan jeli gamat utk luke cpt sembuh..mknn berasaskn telur ngn soya mmg kne jauhkn laa..klo x nnti luke xkering dan bernanah..

maaf laa kalau ade org laen trase tp saye x galakkn puan dan suami pergi jumpe bomoh2 patah ni..saye x nafikan pasal ramai mmbe2 saye boleh elok dgn cpt ble jmpe org2 cmni..tp ade kesan jgka pnjg laa..

semoge cpt sehat dan slmt mencube;-)

-black pearl-

SY sendiri pernah patah kaki kiri dulu di kampung pd tahun 1996.Momy and dady bwk p jmp bomoh patah yg popular masa tu kt bt 8,Perak.Xtau bomoh patah tu bt mcmmna dia bg minyak suruh sapu msa blik nti.X elok jgk pn.Panggil makcik kg mai mengurut pulak Minah Hadam nma popular dia.Dok urut2,pulas sna pulas sni hanya Tuhan ja yg tau mcmna sakit org tua tu urut.Smp ada skli tu sy terpaksa kencing ats tilam tu nk elak dpd kena urut dgn org tua tu.Yg hilng cuma lebam2 shja.Hampir 3 bulan juga sy terlantar ats tilam, dady sy terus bawa ke hspital taiping.Kena marah dgn doktor sbb dh lmbt bru dtg jmp doktor takut jd semakin teruk.Doktor tu simen 6bln terus elok.X payah pergi hspital buka simen dah.Dady ptg guna gergaji kecik je.

Jd eloklah pg ke hospital ...

-nabila-

Salam,

tukang urut patah/kemalangan..ada satu lagi...

wak arif

alamat kampung tengah renggam

kluang, johor.

harap maklumat ini membantu.

-siti-

Salam,

Saya Ibrahim dari Pusat Rawatan Tradisional darul Ikthiar Pulau Pinang.terpanggil untuk memberikan pandangan saya mengenai perkara ini.

Pertama kalau patah tukang dapatkan ujian x ray dari doktor dan balut macam biasa yang dilakukan dengan bersimen.biarlah selama sebulan atau lebih.ini adalah bertujuan untuk proses pencantuman tulang secara normal.setelah 2 - 6 bulan baru lah digalakan mengurut.seelok eloknya 6 bulan setelah kejadian tiada cara lain untuk sembuh cepat.mungkin boleh mengamalkan pati ikan haruan atau pun makan ikan haruan dan juga minum air gamat.berkemungkinan dapat kiranya penyembuhan itu cepat sikit.

sekian

Warmest Regards

" Knight Malaysia "

012-5732456

9 comments:

  1. adik saya pun patah tgn kena timpa motor.jiran bawa jumpa bomoh patah kat Sungai Besar,Selangor org panggil" Wak Sujud",berubat dgn dia alhamdulillah dah baik tgn adik.

    -nadiahana-x
    ada alamat penuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. -nadiahana-

      kalau ada alamat wak sujud dan nmbr tlfn bgtau.. nie nmbr saya 0173570019

      Delete
  2. Salam, bagi sesiapa yang patah tulang atau retak, dapatkan ramuan mempercepatkan penyembuhan dari http://rawatpatahtulang.blogspot.com/ atau call +6019-524 3005 (Tabib Azman). Terima kasih

    http://rawatpatahtulang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ayah sy berumur 52 tahun yg mengalami kemalangan 2 minggu lepas... 5 tulang rusuk patah sebelah kanan dan 2 retak... oleh sebab itu,ayah sy sukar bernafas dgn baik kerana paru2 sebelah kanan diseliputi dgn darah akibat hentakan tulang rusuk kat paru2...apakah rawatan yg terbaik untuk ayah sy ya??dan adakah ayah sy akan sembuh seperti biasa??

    ReplyDelete
  4. Salam Sejahtera !!!!

    Kepada golongan lelaki yang ingin kan URUTAN TRADISIONAL SELURUH BADAN HINGGA BATIN ALA URUTAN JAWA , sila hubungi saya di talian : 014-7197049 ( Azman )

    Lokasi : Kuala Lumpur , Selangor , Jerantut , Temerloh , Muar , Tangkak , Melaka , Nilai , Seremban , Senawang , manjung , Lumut , Teluk Intan , skudai , Pulau Pinang , Arau , Kangar , ipoh , Kuantan , Kajang , Sabak Bernam , Sepang DLL

    Harga : Boleh dirundingkan

    Masa : Bebila boleh buat tempahan

    SILA SMS/WHATSAPPS/ WECHAT/ CALL

    www.facebook.com/shahrulzamani.zamani

    ReplyDelete
  5. Assalam , aduh ..Masalah tulang patah ni memang sedikit sbanyak akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita ..Mungkin ada yang belum tahu Cara Mengatasi Tulang Patah Dengan Selamat , ataupun anda boleh juga whatsapp saya (+60107096284 Aini ) untuk mengetahui cara selamat merawat masalah tulang patah anda .:)

    ReplyDelete
  6. Assalam , aduh ..Masalah tulang patah ni memang sedikit sbanyak akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita ..Mungkin ada yang belum tahu Cara Mengatasi Tulang Patah Dengan Selamat , ataupun anda boleh juga whatsapp saya (+60107096284 Aini ) untuk mengetahui cara selamat merawat masalah tulang patah anda .:)

    ReplyDelete
  7. Tulang yang patah boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan yang doktor berikan adalah untuk memastikan patah tersebut pulih dengan elok. Yang penting jaga pemakanan dan boleh amalkan Tips Untuk Membantu Masalah Patah Agar Cepat Sembuh

    ReplyDelete